haRi ini dalam sejarah :)
Wednesday 14 March 2012 | 16:36 | 0 comments
Alhamdulillah, SAYA DAH PASS TEST JPJ – lessen D aje…
Tanggal empat belas haribulan mac (hari ini), berjaya jugak menduduki test jpj. Dahla malam hari kejadian, mata ni asyik terjaga daripada tidur. Malam tadi pukul dua pagi jaga, pukul tiga pagi jaga, empat pagi jaga, lima pagi jaga, enam pagi jaga senang citer, malam tadi memang tak tidur la. Ini baru gabra nak ambil test jpj, malam sebelum ambil result spm minggu depan macam mana lah pulak? Hish… mahu dua malam tak tido..haha..gabra, cuak punyer pasal …..huhu..
Then, bile dah siap siap, pergilah sekolah memandu, sepanjang perjalanan yang mengambil masa dua puluh lima minit tu, otak ligat berfikir , nak mengingatkan segala steps dan jalan yang bakal di test nanti. Belum habis revise, dah sampai kat sekolah memandu. Sampai jer, kaget menerpa. “wah, ramainya orang test hari ni….” Monolog dalam hati..
After bagi daftar nama, akak kerani tu pun hadiahkan satu tag nama. “ sesi satu ye!”, katanya. .. tag tu tertera : nombor kosong tujuh (07) sesi satu.-Peh tu, I asked akak kerani tu, ‘lama lagi ker akak?’. Dia pun jawab, ‘ kalau dia panggil sesi satu, pergilah’ - Kalau dah Nampak sesi satu maknanye awal lah cik kak oi. Apalah… pi Tanya lagi akak kerani tu..huhu-
Dah la sorang aje dari hometownku yang test ari tu, naseb baik Nampak cik Rashidah aini dihujung bangunan. Hah, ada gak kawan! Namun, cuak tu masih menyelebungi diri ini. Tak sampai sepuluh minit, hah, cikgu cikgu mula panggil sesi satu kereta beratur…
Perghhh.. mulalah jantung tu pam darah bagai sedang berlari seratus meter.. dah la dapat giliran number tujuh..maka jawabnya tak lama lagi tu nak test. Tiba- tiba, ada satu uncle jpj jerit, ‘ beraturlah, tak reti ker?’ nasib baik dia tak sembur kat chek. Kalau sembur kat check mahu terkucil gak chek kat situ..huish….
Then, semua calon pun dikumpulkan di bawah satu bumbung astaka- tempat(tak tahulah nak panggil apa)_haha_ and cikgu Fandi (cikgu ASAS awak- yang buat awak hampir menangis:huwa..huwa…) bagilah sikit rules and reminder tentang test tu. “ bla…bla…bla…”, katanya..
Then, uncles and brothers jpj pun bagilah briefing, dahla duduk betul betul depan jpj.. bertambah seram dan cuak lah hati ini..mata pun melilau pulak kat kereta yang bakal menjadi mangsa. Walaweh! Plat kereta semalam! Dalam hati ni penat doa, tak nak kereta gila tu. cukuplah semalam sepuluh kali enjin mati dalam litar. Kalau dapat kereta tu test nanti, memang lah….
After a few minutes, the test started. Nombor satu hingga ke enam pun dipanggil. Dan, akhirnya tiba giliranku. Mulut ni dah la dari tadi terkumat kamit baca surah tak henti henti, tangan mulalah sejuk, kaki pun dah jadi lemah. Air doa MAK mintak kat ustaz pun dah habis diteguk setengah botol. Weh, macamana ni? L
Jenjenjen, yang tak best dan menakutkan sekali. DAPAT KERETA GILA SEMALAM! Doa tak menjadi kenyataan. Memang cubaan betul lah. Nak jer kata ‘TAK NAK!’, ‘NAK tukar kereta!’ tapi tak rasional lah kalau buat begitu.huhu
Then, masuk kereta dengan keadaan yang agak sugul tapi semangat perlu dibangkitkan. Mulut kembali membaca surah al fatihah, ayat kursi dan surah al- syarh(al- insyirah).wah, kembali sudah semangat. Kaki, hati, mental, fizikal semua baik. Tak rasa apa apa. Dalam hati berdoa luluslah naik bukit, parking dan tiga penjuru ni. Janganlah kereta ni gila macam semalam, asyik mati aje.
Angkat tangan dan mendapat balasan dari uncle jpj, tepat 0940 hour kereta comel tu mula mendaki bukit dan PASS!! – penat awak tekan minyak kuat kuat, nasib baik tak terbang kereta tu. yer lah tak nak sejarah semalam berulang dengan kereta gila tu.. Dah la lupa plak nak pakai tali pinggang keledar after tengok tayar masuk garisan kuning tu. dah masuk gear nak jalan dah, nasib baik ingat. Freekan gear tu balik.haha..then, I passed it! Alhamdulillah dia tak segila semalam. Bersyukur sangat sangat!
then, parking lima minit menunggu di bawah.. ada pulak uncle jpj duk tengah jalan sabar jelah. Bila dah bersedia angkat tangan lah nak masuk parking. Uncle jpj kat atas tu rupanya dah jerit dua tiga kali suruh masuk parking,- Saya tak dengar!; maaflah ye cik jpj!-Time undur tu, memang undur slow slow tak moh belakang sangat , kang jatuh pulak tiang comel kat belakang. Cukup sekadar masuk kotak, tangan diangkat. Then, kuar dari parking.
Tiga penjuru menunggu dihadapan tu. hmmm. Dalam hati: janganlah kereta ni mati.hish… then, Alhamdulillah, tiga penjuru tu pun Berjaya! In conclusion, I passed bahagian dua!! Yuhooo… then , amek result daripada jpj. Garangnya!! Takut hamba…
Then, tunggu turn untuk bahagian dua pulak. Hmmm.. lama gak menunggu… dah la encik jpj nyer kadang kadang lawak kadang kadang garang, cuak la hamba! Sementara tunggu turn tu, ramai jugak yang gagal. Tak sampai lima minit diuji, dah encik jpj yang bawak kereta tu balik- gagal test bahagian tiga. Ada yang cemas xcident lah, ada yang nangis la..macam macam! Haish… bertambah seram lah awak… mulut ni baca je surah. ‘ TAKNAK GAGAL!!”, Jerit dalam hati. Baki air doa ustaz diteguk lagi untuk mengurangkan cuaknya.hah, dah tinggal seorang lagi sebelum turn awak. Jantung mula dup dap dup dap, bage nak pecah.. mengucaplah awak banyak banyak! Then, encik jpj pun panggil nombor tujuh! Weh, awak le tu! hah, takut… kaki dah lemah sebab penat duduk menunggu hampir dua jam.
Encik jpj tu pun Tanya, “kosong enam (06)?,mene?’. “Pahang!”, jawabku pendek!. Pehtu, cikgu kamarol pun cakap, ‘samalah. Pahang kat mane?’. ‘pekan..’ ‘orang Dato Najiblah ni..’.. awak senyum aje..hehe. peh tu, encik jpj suh tunggu dalam kereta. Dia pesan jangan buat apa apa.-kelip mata pun jangan-
Pintu kereta dibukak, awak pun buat lah bodoh dalam kereta tu. tangan pun ditadah tinggi tinggi, biar encik jpj tu Nampak jiwa awak memang tak tenteram time tu. biarlah orang lain tengok, awak tak malu pun! Haha. Nak gelak pun tak pe.
Then, encik jpj tu cakap, “tengah buat ape tu?”
“tengah baca doa”
“amboi, lamanye baca doa, ke baca tahiyyat akhir”
“baca macam macam doa” awak jawab..- kelakar la pulak..
Then, encik jpj pun masuk kereta. After done buat lima perkara asas tu.
“jalan A”, katanya.
‘Okeh! Basmalah pun dibaca’ signal kekanan diberi.
Then, masuk gear satu, turun handbreak!
Jom kite merempit!, jerit batinku.haha..
Sepanjang diuji tu okeh la sampai trafik light. Then, masuk hutan melintang, cabaran mula menerjah! Kereta keluar sesuka hati, motor sini sana.
Hish, dalam hati: duk diam diam kenderaan semua, I nak test ni!
Then, ada kereta nak masuk kanan, encik jpj pun kate “jalan je”.
Dalam hati: tak yah bagi signal kiri ke?
Then, ada lagi..kereta yang masuk kanan, encik jpj pun kate lagi, “ jalan jer”
Dalam hati : biar beno. Asyik suh jalan jer! Dia tipu ker? Jangan jangan dah pangkah..
Hmm... then nak masuk simpang lah ni, gear pun dah turun sampai dua- gearlah paling orang risau- takut lupa tukar! Nasib baik ok lagi sampai masuk simpang. Then nak masuk simpang kedua, adalah kereta sebuah dan motor beberapa buah.
Dalam hati: hmmm… tunggu motor ni habis lalu lah, baru melintas!
Tiba- tiba, encik jpj suruh jalan jer.
Orang pun jalan ajelah, ikut aje cakap dia. Adalah sikit jer lagi nak kene kat motor tu tapi sempat dan selamat lah: tak jadi apa apa pun! terjerit jugaklah orang kat depan encik jpj tu! Yer la orang risau tak sempat! Nasib baik tak pepe.
Dalam hati: konfem dah pangkah ni!
Then, sampai kat bonggol, cikgu memandu orang pesan suh berhenti, free gear, tarik handbreak. And again, encik jpj suh jalan je.
Dalam hati: Abah pesan jangan ikut sangat cakap jpj tu. then, orang decided TAK NAK dengar cakap jpj. Orang berhenti, free gear, tarik handbrek. – jahat ke tindakan orang ni? Haha..lantaklah arahan awak tu, encik jpj. Dia pun senyap aje.
Then, time nak balik semula ke sekolah memandu, hati dah legalah sebab dah nak tamat. Tapi nampaknya dah jadi sedikit alpa, tak perasan gear kereta tu gear dua, orang rempit 40 km/j. walaweh… bunyi kereta dah semacam jer!!
Then, encik jpj kat sebelah pun suruh tukar gear tiga!
Aisemen! Kantoi jugak! Lupa tukar gear! Tu lah- riak kejap sebab tak lupa tukar gear sebelum ni.
Dalam hati : hmmm.. pangkah lagilah ni… L
Then, bila nak sampai, lampu isyarat merah, takleh pulak nak terus belok kiri pulang ke sekolah. Kat depan ada calon kene test jugak. Sekali, kereta dia mati da time nak jalan. Orang pun freekan gear balik, tarik handbrek! Again, encik jpj kate “ jalan jer”.
Dalam hati: nak orang langgar bontot kereta depan kereta depan ni ke?
Arahan dihiraukan. Then, time, nak masuk simpang sekolah. Banyak kereta. Orang pun free gear, tarik handbrek.
Encik jpj pun kate “ guna brek kaki aje, turunkan handbrek” handbrek diturunkan. Guna brek kaki ajelah.
Dalam hati : pangkah lagi kah?
Then, masuk halaman sekolah. Kereta diberhentikan, tali pinggang di cabut. Tunggu keputusan dan tanda tangan encik jpj!
Jen jen jen!! LULUS!! 18/20!! Kesalahan GEAR!! Dan isyarat / tangan!
ALHAMDULILLAH!
* Tq cikgu - cikgu sekolah memandu especially cikgu azizan!! dan encik encik jpj @ especially yang ajar orang>>><<<<